Friday 18 October 2013

Senarai Pemain Selangor 2014

Berikut Adalah Senarai Pemain Selangor 2014
 Sudah menjadi asam garam dalam setiap pasukan menjelang musim baru,,mesti ada petukaran pemain dan pegambilan pemain baru dalam arena bola sepak tanah air. Berikut adalah senarai pemain Selangor yang bakal beraksi untuk musim hadapan.



Kekal :
Abdul Shukor Jusoh
Raimi Md Nor
Mohd Fitri Syazwan Radhuan
S.Kunalan
S.Veenod
K.Gurusamy

Masuk :
Farizal Marlias
Azmi Muslim
Abdul Hadi Yahya
Nazri Ahmad

Masih dlm rundingan :
Marlon Alex James
Bruno Sebastian Martelotto
Zaquan Adha Razak
Mohd Safee Sali

Jika Dapat Tawaran Berlakon "Free Hair", Saya Akan Terima-Wawa Zainal



   Penghijrahan Aeril atau nama sebenarnya, Suhairil Suhari, 25, bukanlah perkara baru kerana sejak penghujung tahun lalu, dia sudah selesa mengenakan jubah, serban dan bercelak mata. Namun, ketika sidang media baru-baru ini, Wawa juga dilihat manis bertudung dan mengenakan baju kurung. Adakah Wawa juga sudah mula berhijrah ke arah yang lebih baik bagi dirinya mengikut jejak si suami?
Menurut Wawa, dia masih lagi di dalam proses pembelajaran dan berusaha mendekatkan diri mendalami hal agama. Apapun jika ada tawaran berlakon yang memerlukan dirinya membuka tudung, dia akan memberikan kerjasama baik.
“Buat masa ini, saya belum lagi berhijrah sepenuhnya. Saya masih belajar dan cuba mendalami ilmu agama. Kalau saya keluar, mungkin saya akan pakai tudung. Namun, jika ada tawaran lakonan yang memerlukan saya membuka tudung, saya akan buka”
Apapun Wawa mengakui dirinya selesa bertudung dan berhasrat untuk beristiqamah.
“Namun, saya akui, memang saya selesa bertudung dan berhasrat untuk ke arah itu. Mungkin sedikit masa lagi,” katanya lagi.
Hurm, tak apalah Wawa. Wawa taknak pakai tudung pun tak apa. Tak berdosa pun sebab Islam tak suruh pun Wawa pakai tudung. Tapi tutuplah rambut Wawa dengan tudung saji mahupun baldi.

Gadis 21 Tahun Tuntut RM21Bilion Daripada Kerajaan Malaysia, Gila!



Tak pasti sama ada pengadu  ini waras atau tidak ketika datang ke sebuah balai polis di Negeri Sembilan, semalam.
Begitu juga sejauh mana keaslian salinan repot polis ini masih boleh diragukan namun kalaulah ia betul-betul berlaku, maka tindakan ini memang sukar difahami.
Dalam salinan repot polis yang kini hangat beredar di laman-laman sosial, seorang wanita bernama Khamsiah menuntut RM21 bilion kerana kononnya sudah dijanjikan tuhan sebelum dia lahir lagi bakal menerima wang berkenaan.
Jadi disebabkan dia lahir di Malaysia, dia mahu claim wang berkenaan daripada Kerajaan Malaysia.
Bagaimana agaknya perasaan pegawai polis yang menerima repot ini, ya.
Mungkin juga hatinya terdetik, “Ya Tuhan, kegilaan jenis apakah ini?” – Mynewshub.my

Monday 14 October 2013

Senarai Artis Malaysia Yang Berkahwin Tahun 2013

JIKA diperhatikan, senarai artis yang mendirikan rumah tangga pada tahun ini tidak semeriah dan serancak seperti tahun lepas.
Tirai perkahwinan selebriti pada tahun ini telah dibuka oleh penyanyi dan pelakon Liyana Jasmay, 25, dan suaminya, Fathuddin Mazlan, 28, yang melangsungkan perkahwinan pada 2 Februari lalu.

LIYANA JASMAY DAN FATHUDDIN MAZLAN

LIYANAJASMAY


Dengan dua kali lafaz, pasangan ini telah selamat diijabkabulkan oleh bapa Liyana iaitu Datuk Jasmay Md Shah dengan disaksikan oleh Pendaftar Perkahwinan dan Rujuk Orang Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Sahirman Ahmad.
Pengantin perempuan menerima seutas gelang emas bernilai RM5,500 sebagai mas kahwin sementara wang hantaran sebanyak RM28,388.

Dalam pada itu, pihak perempuan menerima lima dulang hantaran dan dibalas tujuh dulang.
Selain wang hantaran, antara barangan lain yang diberikan Fathuddin kepada Liyana termasuklah sirih junjung dan bunga rampai, tas tangan dan set barangan kemas.
Manakala Liyana membalas hantaran berupa kasut Prada, dompet, jam tangan Tag Heuer, manisan, tepak sirih dan juga cincin.

Fathuddin merupakan ahli perniagaan yang juga merupakan jiran Liyana di Taman Melawati, Kuala Lumpur.
Kisah perkahwinan mereka juga pernah dilatari dengan cerita kurang enak apabila gambar pra perkahwinan pasangan itu dikatakan keterlaluan apabila bergambar mesra walaupun masih belum bergelar suami isteri yang sah.

Namun, ternyata perkara itu tidak menjadi kudis buat mereka dan kini mereka bersama-sama mengusahakan sebuah restoran yang terletak di Kota Kinabalu, Sabah.
Sehingga kini, Liyana yang masih aktif dalam bidang seni tidak menunjukkan sebarang tanda dirinya kini sedang hamil, berbadan dua.

IZZUE ISLAM DAN AWIN WAHARUDIN

IZZUEISLAM


Mengabadikan ulang tahun kelahirannya yang ke 23, pelakon dan anggota kumpulan Forteen, Izzue Islam atau nama sebenarnya, Muhammad Izzul Islam Mazlan telah sepakat mendirikan rumah tangga dengan kekasih hatinya, Nurinafilah Waharudin, 31, atau Awin pada 2 Jun lalu.
Dengan sekali lafaz, mereka sah bergelar suami isteri dan pasangan itu telah dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Waharudin Jonit di Dewan Shah Alam.
Pada majlis serba sederhana itu, pihak perempuan menerima tujuh dulang hantaran dan dibalas sembilan dulang.

Pasangan sama cantik sama padan itu sebelum ini telah mengikat tali pertunangan dalam sebuah majlis tertutup pada 1 Jun 2012 yang hanya dihadiri oleh ahli keluarga terdekat kedua-dua belah pihak.
Perkenalan mereka bermula sejak 2008 dan Awin kini berkhidmat sebagai pengurus peribadi yang merencana segala aktiviti seni suaminya itu.

ZAHID AF DAN SARAH JULIFA YUSOF

ZAHID


Kisah pertemuan juara rancangan realiti Akademi Fantasia musim kedua, Zahid Baharuddin, 33, dan isterinya, Sarah Julifa Yusof, 25, ternyata unik dan menarik.
Ini kerana mereka dikatakan berkenalan menerusi laman sosial Twitter dan video pra perkahwinan mereka turut menceritakan bagaimana mereka bertemu sehingga jatuh cinta di antara satu sama lain.
Zahid dan Sarah selamat dinikahkan di kampung halaman isterinya yang terletak di Teluk Intan pada 7 Jun lalu.

Pasangan sama cantik sama padan ini juga sempat ditunangkan beberapa minit sebelum majlis pernikahan berlangsung.
Antara sebab Zahid tertarik hati dengan Sarah ialah kerana dia berjaya mendisplinkan Zahid menjadi insan yang lebih baik daripada sebelumnya.

BEEGO DAN LINDA HASHIM

BEEGO


Perkahwinan pasangan pelakon Beego dan Linda Hashim turut mendapat perhatian peminat dan media tempatan.

Beego atau nama sebenarnya, Mohd Aszerul Nizam Abdullah, 33, sah bergelar suami kepada Norhazlinda Hashim, 29, hanya dengan sekali lafaz dalam majlis pernikahan yang diadakan di Masjid Usaimah Bin Zain, Wangsa Maju pada 7 Jun lalu.

Linda menerima RM300 sebagai mas kahwin dan RM35,000 sebagai wang hantaran.
Mereka mula menjalinkan hubungan cinta sejak dua tahun lalu dan mengikat tali pertunangan pada 3 November 2012.

Beego sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama Intan Shahira Mohd Shahru pada 28 Disember 2007 dan bercerai pada 16 Mac 2009.

Majlis resepsi kedua-dua mempelai telah diadakan di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), Hulu Klang pada keesokan harinya.

Linda, pelakon kelahiran Perak itu kini disahkan hamil tiga bulan.

FOUZIAH GOUS DAN ZHAFRAN YUSOF

FOUZIAHGOUS


Perkahwinan pelakon cantik manis Fouziah Gous pastinya boleh digelar sebagai Wedding of the Year apabila majlis pertunangannya sahaja pun sudah cukup gah.
Fouziah selamat diijabkabulkan dengan usahawan, Zhafran Yusof pada 21 September lalu di Masjid Bukit Jelutong, Shah Alam, tepat jam 8 malam.

Majlis resepsi kedua mempelai ini telah diadakan pada 29 September bertempat di Hotel Marriot, Putrajaya sementara majlis sebelah lelaki pula diadakan pada 5 Oktober lalu bertempat di kediaman keluarga Zhafran di Bukit Jelutong, Shah Alam.

Perkenalan pasangan ini dikatakan bermula sebagai rakan perniagaan dan akhirnya Zhafran nekad melamar gadis pilihannya itu pada Mei lalu dengan menggunakan cara romantik iaitu melamar Fouziah di atas udara dengan menggunakan helikopter.

ADAM AF DAN FIZA ELITE

ADAM


Ini satu lagi cerita perkahwinan artis kelahiran program realiti Akademi Fantasia 2 iaitu Adam atau nama sebenarnya Mohd Aizam Mat Saman yang secara tiba-tiba mengumumkan dia bakal mendirikan rumah tangga dengan artis janda, Fiza Elite.
Cerita ini sememangnya mengejutkan semua pihak kerana sebelum ini tiada sebarang gosip pernah melanda kedua-duanya.

Tup-tup sudah mahu mendirikan rumah tangga.
Pada 26 September lalu, mereka selamat dinikahkan dengan sekali lafaz di pejabat Majlis Agama Islam Selangor (Jais), Shah Alam.

Pada majlis itu juga, Adam, 30, menyerahkan hantaran berupa sepersalinan barangan solat kepada isterinya itu.

Mereka dikatakan berkenalan pada Mac lalu, dan hanya berjumpa serta bertemu janji sebanyak dua kali sebelum Adam meluahkan hasratnya mahu memperisterikan Fiza atau nama sebenarnya Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim, 32.

Fiza sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Ahmad Farriq Zainul Abidin tetapi disahkan bercerai pada November 2010.
Hasil perkahwinan terdahulu, Fiza dikurniakan dua cahaya mata perempuan comel iaitu Ferra Aryana, 5, dan Feeya Adyrra, 4.

AERIL ZAFREL DAN WAWA ZAINAL

AERILWAWA


Perkahwinan pasangan Aeril Zafrel dan Wawa Zainal pastinya yang paling mencetuskan kontroversi pada tahun ini.
Pelbagai cerita kurang jelas akhirnya terjawab apabila pasangan ini tampil pada sidang media menjawab segala persoalan berhubung isu itu, baru-baru ini.
Kisah berhubung kontroversi mereka menjadi perbualan apabila akhbar sisipan mingguan Bipop berjaya membongkar perkahwinan Aeril dan Wawa menerusi penyiasatan penuh ala-ala Crime Scene Investigation (CSI).

Pada sidang media itu, mereka tampil memberikan kenyataan mengakui sudah bernikah sebanyak dua kali.
Pertama kali, mereka bernikah pada 25 Februari tahun lalu tanpa menghebohkannya kepada pihak media.
Kemudiannya, buat kali kedua, mereka bernikah semula pada 4 Februari tahun ini tanpa diketahui apa sebab musababnya.

Pada ketika itu mereka hanya bernikah tanpa sebarang dokumen dan hanya bernikah mengikut hukum syarak iaitu berwalikan bapa Wawa dan dinikahkan oleh seorang imam yang di datangkan khas dari Sabah.

“Ya, saya dan Wawa sudah bernikah. Kami bernikah di Taman Datuk Harun, Petaling Jaya. Jadi, status anak saya yang dihebohkan selama ini sudah terjawab,” katanya memetik laporan mStar Online.
Sementara itu, menerusi portal Ohbulan, Aeril menjelaskan, “Kami bernikah hanya untuk menghalalkan perhubungan dan pada masa itu Wawa meminta izin daripada saya untuk tidak mendedahkan perkara tersebut kepada pihak pengurusan”.

“Namun begitu, setelah Wawa memberitahu saya yang dia mengandung pada bulan Januari 2013, kami mengambil keputusan untuk bernikah lagi sekali dengan dia pada Februari 2013 di Masjid Datuk Harun dan pada waktu itu kami mengikut undang-undang negara. Kami juga mengikuti kursus kahwin dan daftarkan perkahwinan tersebut mengikut jalan yang betul. Kami nikah kali kedua sebab saya nak anak saya lahir nanti dia ber-bin kan dengan nama saya dan bukannya ber-bin kan Abdullah.

“Mungkin orang beranggapan kami terlanjur tapi dari sisi agama sebenarnya anak itu memang sah di sisi agama dan Allah,” ulasnya lagi.
Hasil perkahwinan itu, mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang diberi nama Ahmad Fakharuddin Attar yang telah dilahirkan pada 24 Ogos lalu.

Sebelum ini, Aeril bermati-matian menafikan dirinya berkahwin dengan Wawa dan kehilangan Wawa juga diragui oleh pihak syarikat pengurusannya, MIG yang ditunjanginya oleh Mejar David Teo.
Wawa dikatakan menghilangkan diri daripada dunia hiburan pada April lalu dan Aeril menyatakan ‘teman tapi mesranya’ itu sedang berubat penyakit misteri di kampung halaman aktres itu yang terletak di Lahad Datu, Sabah.

Mereka berdua dikatakan mula rapat selepas membintangi drama bersiri Klik dan sekali lagi digandingkan bersama menerusi filem 99 Kali Rindu terbitan MIG.
Nama anak mereka iaitu Ahmad Fakharuddin Attar juga tidak asing dalam diri Aeril apabila nama itu merupakan nama wataknya menerusi filem bergenre Islamik itu.

Sebelum ini, artis-artis di bawah syarikat pengurusan MIG dikatakan tidak boleh bercinta kerana terikat dengan kontrak serta syarat yang sudah termaktub dalam polisi syarikat tersebut.

Apa Salah Saya?? Kenapa Saya Perlu Keluar??

   Seorang lelaki cina telah mencabar kewibawaan seorang anggota polis trafik yang sedang menjalankan tugas. Polis trafik telah menyuruh pemuda cina itu untuk keluar bagi menjalankan pemeriksaan lanjut tetapi pemuda cina itu enggan keluar dengan alasan kuatir anggota polis itu menumbuk beliau.



    Kesalahan yg dilakukan oleh pemandu tsbt adalah sek.42(1) APJ 1987 Memandu melulu dan membahayakan pengguna jalan yg lain. Kes bole tangkap tanpa waran dan tidak boleh kompaun. Report polis perlu dibuat dan pemandu berkenaan bole ditahan dalam lokap. Sebab itu anggota berkenaan mengarahkannya ke balai polis untuk tindakan lanjut. Hanya untuk info agar tindakan polis berkenaan tidak disalahanggap. Patuhilah undang-undang untuk kebaikan bersama bukannya susahpun.

Saksikan video yang disediakan.....

Dengan Sekali Lafaz, Raja Azmi Sah Menjadi Isteri Kepada Eddie Ghazali

Nampaknya, setelah melalui pelbagai kontroversi Raja Azmi Raja Sulaiman selamat diijab kabul dengan pasangan, Mohd Eddie Ghazali dengan sekali lafaz di dalam gazebo indah di Laman Beringin, Istana Budaya tepat 9.18 malam tadi.



Pasangan ini sepakat mengikat tali pertunangan pada bulan Ramadhan yang lalu, 15 Julai 2013 setelah saling mengenali antara mereka awal tahun ini.

Ini merupakan perkahwinan kedua buat Raja Azmi mahupun suaminya itu.
Sebelum ini Raja Azmi pernah mendirikan rumahtangga bersama Jailani Sidek dan bercerai pada tahun 2011. Hasil perkahwinan tersebut mereka dianugerahkan 3 orang anak.

Pengantin perempuan mengenakan busana bewarna krim rekaan Variante. Manakala pakaian pengantin lelaki bewarna maroon dari Kose Serani.

Pasangan ini telah diijab kabulkan oleh Mejar Bersara, Hj Ismail Wan Ahmad dengan berwalikan abang sulung Raja Azmi, Raja Azman serta bersaksikan adik bongsunya, Raja Azizdin dan menantunya Mohammad Shadan Hashim.

Majlis ini dihadiri kira-kira 800 tetamu.

Terdahulu pihak pengantin lelaki telah membawa 1 dulang hantaran yang mengandungi sebuah Al-Quran, mas kahwin RM300 dan gelang tangan emas putih.
Berbalas dengan 3 dulang hantaran berupa manisan seperti coklat, cookies, dan jeli dari pihak pengantin perempuan. Tahniah buat pasangan pengantin baru ini semoga kekal selamanya. – ROTIKAYA

T-Shirt ‘Payudara’ Sharifah Sakinah Di Instagram



Sharifah Sakinah Tayang T-Shirt ‘Payudara’ Di Instagram - Tak sudah- sudah mengundang kontroversi berunsur lucah!!!

Tidak cukup dengan video kontroversi dari aplikasi keek, terbaru, pelakon itu mengeluarkan pula gambar sehelai baju T bergambarkan payudara wanita melalui akaun instagram miliknya.

Seharusnya, selaku seorang selebriti, Sharifah Sakinah tidak molek untuk menerbitkan sesuatu yang sensitif dan kontroversi seperti itu melalui sebarang akaun laman sosial.

Tindakan seperti ini secara langsung menunjukkan sikapnya yang kurang matang dengan adat ketimuran.