Wednesday 9 October 2013

5 Pelakon Wanita Tercantik Di Malaysia

Sememangnya lirik lagu "Gadis Melayu" tepat sekali seni kata yang hendak disampaikan....siapa bilang gadis melayu tidak menawan?? Berikut adalah senarai 5 Artis Wanita yang Tercantik Di Malaysia:

1. Sofia Jane
Pelakon wanita ini juga mewarnai bidang lakonan tanah air seangkatan dengan Nasha Aziz. Wanita kacukan Inggeris dan Melayu ini pernah menang anugerah Artis Paling Popula Berita Harian pada tahun 1993. Antara filem lakonannya ialah Harry Boy, Sayang Salmah, Perempuan, dan Cinta Kita. Sofea juga berlakon dalam filem Puteri Gunung Ledang dan Susuk.



 2. Emma Maembong
Nama sebenarnya ialah Fatimah Rohani binti Ismail dan merupakan pendatang baru dunia perfileman tanah air. Wanita berusia 21 tahun ini sangat terkenal dengan watak Munirah dalam filem arahan Erma Fatimah, Kau Yang Terindah sebagai pelakon tambahan. Selain itu, dia yang merupakan kacukan Melayu-Scottish ini turut membintangi beberapa siri TV seperti Cinta Itu Milikku, dan Kampung Girl.


3. Nelydia Senrose
Baru berusia 19 tahun tapi impaknya dalam dunia perfileman Malaysia sudah dirasai. Nelydia mula berlakon sejak berumur 13 tahun dan melakonkan watak Melissa dalam Spa Q. Kini anda boleh tengok lakonannya dalam siri TV bertajuk Cinta Jannah yang sedang hangat disiarkan di TV3. Selain itu, Nelydia juga popular sebagai watak Ersalina Imani dalam drama Setia Hujung Nyawa.



 4. Erra Fazira
Siapa tak kenal Erra Fazira yang pernah menjadi Miss Malaysia sebelum ini. Ketika itu, penglibatan gadis Melayu dalam pertandingan ratu cantik belum lagi dibekukan. Sehingga kini, Erra masih lagi aktif dalam dunia lakonan dan pengacaraan. Erra pernah memegang watak utama dalam filem-filem blokbuster seperti Sembilu, Maria Mariana, Pasrah, dan Hingga Hujung Nyawa.


































5. Nasha Aziz
Nama pelakon ini sangat popular dengan filem-filem bloackbuster sekitar tahun 1990-an sehingga tahun 2000-an.Nasha sering kali digabungkan dengan pelakon ikon lelaki ketika itu seperti Rosyam Noor dan Hairie Othman. Antara filem popular hasil dari lakonannya ialah Laila Isabella, Bara, Trauma dan Kad Cinta. Selain berlakon, Nasha juga aktif dalam bidang modeling.





 Senarai 5 pelakon wanita Malaysia paling cantik kat atas ini hanyalah berdasarkan kepada pemerhatian dan pendapat penulis saja. Setiap orang ada persepsi mereka sendiri. Tapi yang pasti, kecantikan mereka ni memang tidak dapat dinafikan lagi.sekiranya anda ada pendapat atau cadangan tersendiri,boleh lah comment kat bawah ni yer...

No comments:

Post a Comment