Saturday 12 October 2013

Junior Eldstal Tidak Pernah Diintai Oleh JDT

   Laporan sebuah portal laman bolasepak, www.goal.com yang menyatakan bahawa pasukan Johor Darul Takzim berminat dan telah membuat tawaran kepada Junior Eldstal atau juga dikenali sebagai Putera Nadher untuk menyarung jersi merah biru Johor Darul Takzim musim depan tidak benar sama sekali.
 
    Junior, pemain tengah pertahanan untuk pasukan Sarawak dan kini dalam perancangan pasukan Harimau Malaya juga, tidak pernah diintai pengurusan pasukan Johor Darul Takzim dan melalui sumber pasukan, pemain tersebut tidak pernah diberi tawaran untuk bermain untuk musim depan.

    Spekulasi di akhbar dan juga laman social berita tempatan yang mengaitkan minat Johor Darul Takzim terhadap pemain tersebut dan juga beberapa pemain dari pasukan lain dilihat sebagai umpan pemain untuk mereka mendapatkan tawaran yang lebih lumayan dari pasukan mereka sendiri atau pasukan lain yang berminat untuk mendapatkan khidmat mereka. Sumber pasukan menambah bahawa hampir kesemua pemain yang telah disenaraikan dan ditawarkan kontrak telah pun bersetuju untuk bermain pada musim depan.

     Pasukan Johor Darul Takzim sudah 99% melengkapkan barisan pemain untuk musim depan dan pengumuman akan dibuat sebaik sahaja pertandingan Piala Malaysia selesai nanti untuk menghormati pemain dan pasukan yang masih terlibat dalam pertandingan itu.

Sumber: JOHOR Southern Tigers

No comments:

Post a Comment