6 Oktober lalu, di KLIA, seorang peminat telah melihat seorang
wanita sedang memperbetulkan tali leher milik Aidil Zafuan dan mereka
dilihat sangat mesra seolah-olah seperti pasangan ‘kekasih’. Terus
timbul persoalan sama ada Aidil sudah pun menemui pengganti bekas
isterinya, Rita Rudaini.
Biasalah pemain bola sehebat dan sekacak Aidil pastinya di
perhatikan. Lagipun Aidil sekarang sudah single. Bolehlah nak berkawan
dengan sesiapa pun. Kalau dah jumpa pengganti pun apa salahnya.
Walaupun menafikan wanita tersebut adalah kekasihnya, Aidil Zafuan
membuat pengakuan kepada Utusan Malaysia bahawa dia sudah lama berkawan
dengan wanita itu. Kata Aidil:-
“Saya memang kenal wanita itu! Pada masa itu, saya baru sahaja tiba
dari Kota Bahru dan terpaksa berlepas ke China untuk perlawanan
menentang Emiriyah Arab Bersatu (UAE). Lagipun, semasa menunggu
penerbangan seterusnya, saya bersama skuad kebangsaan yang lain.”
“Tambahan, saya tidak akan keluar dengan wanita yang tidak dikenali.
Saya tidak mempunyai orang terdekat. Jadi, saya meminta pertolongan
wanita berkenaan untuk menghantarnya (barang tertinggal) memandangkan
dia adalah kawan kepada tunang salah seorang pemain kebangsaan.”
Tidak mengapa, Aidil. Jika jodoh anda sudah sampai, apa salahnya. Admin pasti ramai peminat doakan untuk Aidil ketemu jodoh baru
cepat-cepat.
No comments:
Post a Comment