Friday 18 October 2013

Jika Dapat Tawaran Berlakon "Free Hair", Saya Akan Terima-Wawa Zainal



   Penghijrahan Aeril atau nama sebenarnya, Suhairil Suhari, 25, bukanlah perkara baru kerana sejak penghujung tahun lalu, dia sudah selesa mengenakan jubah, serban dan bercelak mata. Namun, ketika sidang media baru-baru ini, Wawa juga dilihat manis bertudung dan mengenakan baju kurung. Adakah Wawa juga sudah mula berhijrah ke arah yang lebih baik bagi dirinya mengikut jejak si suami?
Menurut Wawa, dia masih lagi di dalam proses pembelajaran dan berusaha mendekatkan diri mendalami hal agama. Apapun jika ada tawaran berlakon yang memerlukan dirinya membuka tudung, dia akan memberikan kerjasama baik.
“Buat masa ini, saya belum lagi berhijrah sepenuhnya. Saya masih belajar dan cuba mendalami ilmu agama. Kalau saya keluar, mungkin saya akan pakai tudung. Namun, jika ada tawaran lakonan yang memerlukan saya membuka tudung, saya akan buka”
Apapun Wawa mengakui dirinya selesa bertudung dan berhasrat untuk beristiqamah.
“Namun, saya akui, memang saya selesa bertudung dan berhasrat untuk ke arah itu. Mungkin sedikit masa lagi,” katanya lagi.
Hurm, tak apalah Wawa. Wawa taknak pakai tudung pun tak apa. Tak berdosa pun sebab Islam tak suruh pun Wawa pakai tudung. Tapi tutuplah rambut Wawa dengan tudung saji mahupun baldi.

No comments:

Post a Comment