Papa Rock Negara, Ramli Sarip dikhabarkan bakal bertukar status dengan
gelaran Datuk mulai pertengahan Oktober ini bersama-sama pelakon Malaya,
Rosyam Nor dan juga jurulatih Harimau Muda, Ong Kim Swee.
Difahamkan, gelaran tersebut diperoleh sebaik saja mereka berdua
bakal menerima darjah kebesaran negeri Melaka sempena hari jadi ke-71
Yang DipertuaNegeri Melaka, Tun Mohd KhalilYaakob pada 24 Oktober ini.
Untuk Ramli Sarip pula,anugerah yang diterima adalah DMSM Kehormat.
Menurut maklumat, ketiga-tiga individu ini merupakan antara 901
penerima darjah, bintang dan pingat kebesaran negeri Melaka yang akan
berlangsung di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh Ahad .
Tahniah buat ketiga-tiga nama yang telah banyak mengharumkan nama negara ini.
No comments:
Post a Comment