Isu Pemain Dicuri Atau Melanggar Kontrak Semakin Menjadi-jadi
Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa yang
melihat isu pemain dicuri atau melanggar kontrak semakin menjadi-jadi
meskipun telah mempunyai perjanjian dengan pasukan lain.
"
Pemain yang didapati melanggar kontrak perlu digantung
sekurang-kurangnya tidak dibenarkan bermain untuk mana-mana pasukan
dalam tempoh satu musim."
"
Dulu Mat Yo sekarang pula Nazrin Nawi. Dia sudah tandatangani [MoU]
dengan Kelantan, bila JDT bagi tawaran lebih, dia sertai JDT pula, jadi
kalau gantung satu musim kepada Nazrin kerana tandatangani dua kontrak,
orang lain tak akan berani buat. Bila ada hukuman sebegini pemain akan
berhati-hati."
Difahamkan, Nazrin Nawi yang dikatakan sudah
menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) dengan Kelantan namun
terpaksa membatalkannya kerana mendapat tawaran JDT. Nazrin menerima
RM7,000 sebulan ketika bersama Negeri Sembilan dan ditawarkan RM14,000
sebulan oleh Kelantan, manakala JDT menawarkan kira-kira RM40,000
sebulan bagi mendapatkan khidmatnya.
"Kewangan memang penting,
bukan pemain sahaja malah semua menganggap duit penting. Dan sebab itu
saya kata dalam hal ini kita tidak boleh salahkan pemain sebaliknya kena
ada penguatkuasaan. Kita kena dikawal selia dan ia harus dibuat oleh
badan induk. FAM perlu bertindak dan bukan hanya bercakap tanpa ada
tindakan yang diambil." - TSAM
Dari kata-kata TSAM yang di
petik dari Sinar Harian di atas, admin rasakan beliau sudah tahu akan
puncanya perpindahan ini adalah kerana faktor kewangan dan gaji, dan
jika kita sendiri di beri pilihan sudah tentulah kita memilih majikan
yang sanggup membayar upah paling lumayan untuk kerja yg sama.
Tentang MOU [ MEMORANDUM OF UNDERSTANDING ], ianya adalah “Perjanjian
Persefahaman" antara dua pihak yg bersetuju pada awalnya untuk
melanjutkan perjanjian ini dalam bentuk kontrak rasmi, dalam erti kata
lain, ini bukan perjanjian rasmi kerana MOU hanya berisikan perkara yang
asas saja.
Dalam MOU juga tidak mewajibkan atau memaksa kedua
pihak untuk meneruskan kesepakatan ini jika ianya tidak mendatangkan
kebaikkan dalam sesuatu tempoh jangka masa.
Rasanya tiada isu pemain memilih haluan mereka walau MOU atau apa saja perjanjian tidak rasmi telah di tandatangani.
" IN FOOTBALL WE MAKE SILATURRAHIM "
No comments:
Post a Comment