Friday 11 October 2013

Kanak-kanak 4 tahun maut kepala terhentak atas jalan raya

Gambar Hiasan
 
     Cheras: Seorang kanak-kanak lelaki maut manakala bapanya parah selepas motosikal ditunggangi mereka terbabit kemalangan di Jalan 2/154 Taman Bukit Anggerik, di sini, malam kelmarin.
Dalam kejadian jam 7.30 malam yang berlaku berhampiran taman perumahan itu, mangsa berusia empat tahun bersama bapanya baru keluar dari rumah untuk ke kedai runcit berhampiran.
Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Superintendan Abdullah Roning berkata, kemalangan berlaku apabila motosikal ditunggang bapa mangsa berusia 36 tahun merempuh sebuah kenderaan lain di laluan berkenaan.
“Sebuah kereta Perodua Alza yang dipandu seorang wanita sedang membelok ke kanan untuk masuk ke simpang di lokasi kejadian.
“Pada masa sama, motosikal dinaiki dua beranak yang datang dari hadapan tidak sempat mengelak lalu merempuh sisi kenderaan itu,” katanya.
Menurutnya, akibat rempuhan itu, kanak-kanak berkenaan tercampak di atas jalan raya dan meninggal dunia di tempat kejadian “Mangsa dikatakan tidak memakai topi keledar menyebabkan kepalanya terhentak di atas jalan,” katanya.
Katanya, bapa mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk rawatan lanjut manakala mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik hospital berkenaan.

No comments:

Post a Comment