Kuala Lumpur: “Tidak perlu takut dengan saya, tapi takutlah dengan
Tuhan. Perkahwinan perkara baik dan dituntut dalam agama, lebih-lebih
lagi Islam. Jadi apabila perkara ini dirahsiakan, ia akan mengundang
fitnah dan kontroversi.
“Saya tak pernah menghalang mana-mana artis di bawah naungan saya
daripada berkahwin. Dalam hal ini, perkara baik tidak sepatutnya
disembunyikan.
“Saya berkali-kali bertanya Wawa (Zainal) dan Aeril (Zafrel)
mengenai perkara ini, tapi mereka menafikannya, sebaliknya hanya
menjelaskan mereka hanya berkawan.
“Jika mereka mengaku bercinta
dan mahu berkahwin, kami boleh atur dan menaja majlis mereka. Lagipun,
ia sememangnya menjadi tradisi Metrowealth Pictures (MIG),” kata
produser MIG David Teo
David mengulas pengakuan Wawa Zainal atau nama sebenarnya Nurhawa Zainal
Abidin, 21, dan Suhairil Suhari atau lebih dikenali sebagai Aeril
Zafrel, 25, kelmarin, bahawa mereka berkahwin pada 25 Februari 2012 dan
dikurniakan cahaya mata lelaki pada 24 Ogos lalu.
No comments:
Post a Comment