Nampaknya, setelah melalui pelbagai kontroversi Raja Azmi Raja
Sulaiman selamat diijab kabul dengan pasangan, Mohd Eddie Ghazali dengan
sekali lafaz di dalam gazebo indah di Laman Beringin, Istana Budaya
tepat 9.18 malam tadi.
Pasangan ini sepakat mengikat tali pertunangan pada bulan Ramadhan
yang lalu, 15 Julai 2013 setelah saling mengenali antara mereka awal
tahun ini.
Ini merupakan perkahwinan kedua buat Raja Azmi mahupun suaminya itu.
Sebelum ini Raja Azmi pernah mendirikan rumahtangga bersama Jailani
Sidek dan bercerai pada tahun 2011. Hasil perkahwinan tersebut mereka
dianugerahkan 3 orang anak.
Pengantin perempuan mengenakan busana bewarna krim rekaan Variante.
Manakala pakaian pengantin lelaki bewarna maroon dari Kose Serani.
Pasangan ini telah diijab kabulkan oleh Mejar Bersara, Hj Ismail Wan
Ahmad dengan berwalikan abang sulung Raja Azmi, Raja Azman serta
bersaksikan adik bongsunya, Raja Azizdin dan menantunya Mohammad Shadan
Hashim.
Majlis ini dihadiri kira-kira 800 tetamu.
Terdahulu pihak pengantin lelaki telah membawa 1 dulang hantaran yang
mengandungi sebuah Al-Quran, mas kahwin RM300 dan gelang tangan emas
putih.
Berbalas dengan 3 dulang hantaran berupa manisan seperti coklat,
cookies, dan jeli dari pihak pengantin perempuan. Tahniah buat pasangan
pengantin baru ini semoga kekal selamanya. – ROTIKAYA
No comments:
Post a Comment