JOHOR BAHRU – Seorang
pembantu pentadbiran dan jualan dari Taman Seri Orkid, di sini tidak
menyangka hubungan atas kakak dan adik angkat bertukar menjadi siri
gangguan seksual dan ugutan dari bekas rakan sekolej.
Mangsa,
Chan Yee Fong, 28, berkata, dia dan rakannya yang dikenali sebagai
Jameson, 27, terputus hubungan sejak berkahwin pada 2007 namun tiba-tiba
diganggu oleh rakannya itu sejak 24 September lalu.
“Saya kenali
Jameson pada 2006 ketika kami sama-sama belajar di kolej dan hubungan
kami ibarat adik-beradik malah dia turut memanggil saya sebagai kakak.
“Namun
selepas berkahwin saya mula menjauhkan diri kerana ingin menumpukan
perhatian terhadap keluarga selain kurang senang dengan sikap dia yang
ketagihan dadah,” katanya dalam sidang media di sini, semalam.
Ibu
kepada tiga anak itu mendakwa menerima beberapa khidmat pesanan ringkas
(SMS) dari nombor tidak dikenali yang mengajaknya untuk mengadakan
hubungan intim sebaik sahaja Jameson mula menghubunginya.
“Penghantar
sms itu menggesa saya untuk tidur dengannya di sebuah hotel dan akan
memberikan wang RM500. Jika permintaan itu tak dipenuhi keluarga saya
akan diancam.
“Saya mengesyaki Jameson mempunyai kaitan dalam
perkara ini kerana mula menerima SMS gangguan sebaik sahaja dihubungi
Jameson dan dia juga seolah-olah mengelak apabila saya menghubunginya,”
katanya.
Yee Fong berkata, dia sekali lagi dihubungi oleh Jameson
pada 25 September dan memberitahu bahawa telefon bimbitnya telah hilang
dan mendakwa nombor telefonnya digodam pihak tidak bertanggungjawab.
“Ketika
saya dan suami bertemu Jameson, dia memberitahu tidak mempunyai kaitan
dengan gangguan seksual berkenaan kerana telefon bimbitnya hilang dan
mungkin disalah guna individu lain.
“Jadi saya nasihatkan dia
agar buat laporan polis namun Jameson enggan sebaliknya mengugut akan
diancam oleh rakan-rakannya jika saya membuat laporan polis,” katanya.
Katanya,
dia yang bimbang dengan situasi itu segera membuat laporan polis demi
keselamatan keluarganya dan berharap gangguan berkenaan tidak
berterusan.
Sementara itu, Timbalan Ketua Bahagian MCA Gelang
Patah, Tan Ba Ba berkata, pihaknya akan mengikuti perkembangan kes
berkenaan dan menggesa individu terbabit agar menghentikan gangguan.
“Kita akan mengambil tindakan lebih tegas sekiranya individu itu masih mengganggu mangsa,” katanya.
No comments:
Post a Comment