Friday 18 October 2013

Senarai Pemain Selangor 2014

Berikut Adalah Senarai Pemain Selangor 2014
 Sudah menjadi asam garam dalam setiap pasukan menjelang musim baru,,mesti ada petukaran pemain dan pegambilan pemain baru dalam arena bola sepak tanah air. Berikut adalah senarai pemain Selangor yang bakal beraksi untuk musim hadapan.



Kekal :
Abdul Shukor Jusoh
Raimi Md Nor
Mohd Fitri Syazwan Radhuan
S.Kunalan
S.Veenod
K.Gurusamy

Masuk :
Farizal Marlias
Azmi Muslim
Abdul Hadi Yahya
Nazri Ahmad

Masih dlm rundingan :
Marlon Alex James
Bruno Sebastian Martelotto
Zaquan Adha Razak
Mohd Safee Sali

Jika Dapat Tawaran Berlakon "Free Hair", Saya Akan Terima-Wawa Zainal



   Penghijrahan Aeril atau nama sebenarnya, Suhairil Suhari, 25, bukanlah perkara baru kerana sejak penghujung tahun lalu, dia sudah selesa mengenakan jubah, serban dan bercelak mata. Namun, ketika sidang media baru-baru ini, Wawa juga dilihat manis bertudung dan mengenakan baju kurung. Adakah Wawa juga sudah mula berhijrah ke arah yang lebih baik bagi dirinya mengikut jejak si suami?
Menurut Wawa, dia masih lagi di dalam proses pembelajaran dan berusaha mendekatkan diri mendalami hal agama. Apapun jika ada tawaran berlakon yang memerlukan dirinya membuka tudung, dia akan memberikan kerjasama baik.
“Buat masa ini, saya belum lagi berhijrah sepenuhnya. Saya masih belajar dan cuba mendalami ilmu agama. Kalau saya keluar, mungkin saya akan pakai tudung. Namun, jika ada tawaran lakonan yang memerlukan saya membuka tudung, saya akan buka”
Apapun Wawa mengakui dirinya selesa bertudung dan berhasrat untuk beristiqamah.
“Namun, saya akui, memang saya selesa bertudung dan berhasrat untuk ke arah itu. Mungkin sedikit masa lagi,” katanya lagi.
Hurm, tak apalah Wawa. Wawa taknak pakai tudung pun tak apa. Tak berdosa pun sebab Islam tak suruh pun Wawa pakai tudung. Tapi tutuplah rambut Wawa dengan tudung saji mahupun baldi.

Gadis 21 Tahun Tuntut RM21Bilion Daripada Kerajaan Malaysia, Gila!



Tak pasti sama ada pengadu  ini waras atau tidak ketika datang ke sebuah balai polis di Negeri Sembilan, semalam.
Begitu juga sejauh mana keaslian salinan repot polis ini masih boleh diragukan namun kalaulah ia betul-betul berlaku, maka tindakan ini memang sukar difahami.
Dalam salinan repot polis yang kini hangat beredar di laman-laman sosial, seorang wanita bernama Khamsiah menuntut RM21 bilion kerana kononnya sudah dijanjikan tuhan sebelum dia lahir lagi bakal menerima wang berkenaan.
Jadi disebabkan dia lahir di Malaysia, dia mahu claim wang berkenaan daripada Kerajaan Malaysia.
Bagaimana agaknya perasaan pegawai polis yang menerima repot ini, ya.
Mungkin juga hatinya terdetik, “Ya Tuhan, kegilaan jenis apakah ini?” – Mynewshub.my

Monday 14 October 2013

Senarai Artis Malaysia Yang Berkahwin Tahun 2013

JIKA diperhatikan, senarai artis yang mendirikan rumah tangga pada tahun ini tidak semeriah dan serancak seperti tahun lepas.
Tirai perkahwinan selebriti pada tahun ini telah dibuka oleh penyanyi dan pelakon Liyana Jasmay, 25, dan suaminya, Fathuddin Mazlan, 28, yang melangsungkan perkahwinan pada 2 Februari lalu.

LIYANA JASMAY DAN FATHUDDIN MAZLAN

LIYANAJASMAY


Dengan dua kali lafaz, pasangan ini telah selamat diijabkabulkan oleh bapa Liyana iaitu Datuk Jasmay Md Shah dengan disaksikan oleh Pendaftar Perkahwinan dan Rujuk Orang Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Sahirman Ahmad.
Pengantin perempuan menerima seutas gelang emas bernilai RM5,500 sebagai mas kahwin sementara wang hantaran sebanyak RM28,388.

Dalam pada itu, pihak perempuan menerima lima dulang hantaran dan dibalas tujuh dulang.
Selain wang hantaran, antara barangan lain yang diberikan Fathuddin kepada Liyana termasuklah sirih junjung dan bunga rampai, tas tangan dan set barangan kemas.
Manakala Liyana membalas hantaran berupa kasut Prada, dompet, jam tangan Tag Heuer, manisan, tepak sirih dan juga cincin.

Fathuddin merupakan ahli perniagaan yang juga merupakan jiran Liyana di Taman Melawati, Kuala Lumpur.
Kisah perkahwinan mereka juga pernah dilatari dengan cerita kurang enak apabila gambar pra perkahwinan pasangan itu dikatakan keterlaluan apabila bergambar mesra walaupun masih belum bergelar suami isteri yang sah.

Namun, ternyata perkara itu tidak menjadi kudis buat mereka dan kini mereka bersama-sama mengusahakan sebuah restoran yang terletak di Kota Kinabalu, Sabah.
Sehingga kini, Liyana yang masih aktif dalam bidang seni tidak menunjukkan sebarang tanda dirinya kini sedang hamil, berbadan dua.

IZZUE ISLAM DAN AWIN WAHARUDIN

IZZUEISLAM


Mengabadikan ulang tahun kelahirannya yang ke 23, pelakon dan anggota kumpulan Forteen, Izzue Islam atau nama sebenarnya, Muhammad Izzul Islam Mazlan telah sepakat mendirikan rumah tangga dengan kekasih hatinya, Nurinafilah Waharudin, 31, atau Awin pada 2 Jun lalu.
Dengan sekali lafaz, mereka sah bergelar suami isteri dan pasangan itu telah dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Waharudin Jonit di Dewan Shah Alam.
Pada majlis serba sederhana itu, pihak perempuan menerima tujuh dulang hantaran dan dibalas sembilan dulang.

Pasangan sama cantik sama padan itu sebelum ini telah mengikat tali pertunangan dalam sebuah majlis tertutup pada 1 Jun 2012 yang hanya dihadiri oleh ahli keluarga terdekat kedua-dua belah pihak.
Perkenalan mereka bermula sejak 2008 dan Awin kini berkhidmat sebagai pengurus peribadi yang merencana segala aktiviti seni suaminya itu.

ZAHID AF DAN SARAH JULIFA YUSOF

ZAHID


Kisah pertemuan juara rancangan realiti Akademi Fantasia musim kedua, Zahid Baharuddin, 33, dan isterinya, Sarah Julifa Yusof, 25, ternyata unik dan menarik.
Ini kerana mereka dikatakan berkenalan menerusi laman sosial Twitter dan video pra perkahwinan mereka turut menceritakan bagaimana mereka bertemu sehingga jatuh cinta di antara satu sama lain.
Zahid dan Sarah selamat dinikahkan di kampung halaman isterinya yang terletak di Teluk Intan pada 7 Jun lalu.

Pasangan sama cantik sama padan ini juga sempat ditunangkan beberapa minit sebelum majlis pernikahan berlangsung.
Antara sebab Zahid tertarik hati dengan Sarah ialah kerana dia berjaya mendisplinkan Zahid menjadi insan yang lebih baik daripada sebelumnya.

BEEGO DAN LINDA HASHIM

BEEGO


Perkahwinan pasangan pelakon Beego dan Linda Hashim turut mendapat perhatian peminat dan media tempatan.

Beego atau nama sebenarnya, Mohd Aszerul Nizam Abdullah, 33, sah bergelar suami kepada Norhazlinda Hashim, 29, hanya dengan sekali lafaz dalam majlis pernikahan yang diadakan di Masjid Usaimah Bin Zain, Wangsa Maju pada 7 Jun lalu.

Linda menerima RM300 sebagai mas kahwin dan RM35,000 sebagai wang hantaran.
Mereka mula menjalinkan hubungan cinta sejak dua tahun lalu dan mengikat tali pertunangan pada 3 November 2012.

Beego sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama Intan Shahira Mohd Shahru pada 28 Disember 2007 dan bercerai pada 16 Mac 2009.

Majlis resepsi kedua-dua mempelai telah diadakan di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), Hulu Klang pada keesokan harinya.

Linda, pelakon kelahiran Perak itu kini disahkan hamil tiga bulan.

FOUZIAH GOUS DAN ZHAFRAN YUSOF

FOUZIAHGOUS


Perkahwinan pelakon cantik manis Fouziah Gous pastinya boleh digelar sebagai Wedding of the Year apabila majlis pertunangannya sahaja pun sudah cukup gah.
Fouziah selamat diijabkabulkan dengan usahawan, Zhafran Yusof pada 21 September lalu di Masjid Bukit Jelutong, Shah Alam, tepat jam 8 malam.

Majlis resepsi kedua mempelai ini telah diadakan pada 29 September bertempat di Hotel Marriot, Putrajaya sementara majlis sebelah lelaki pula diadakan pada 5 Oktober lalu bertempat di kediaman keluarga Zhafran di Bukit Jelutong, Shah Alam.

Perkenalan pasangan ini dikatakan bermula sebagai rakan perniagaan dan akhirnya Zhafran nekad melamar gadis pilihannya itu pada Mei lalu dengan menggunakan cara romantik iaitu melamar Fouziah di atas udara dengan menggunakan helikopter.

ADAM AF DAN FIZA ELITE

ADAM


Ini satu lagi cerita perkahwinan artis kelahiran program realiti Akademi Fantasia 2 iaitu Adam atau nama sebenarnya Mohd Aizam Mat Saman yang secara tiba-tiba mengumumkan dia bakal mendirikan rumah tangga dengan artis janda, Fiza Elite.
Cerita ini sememangnya mengejutkan semua pihak kerana sebelum ini tiada sebarang gosip pernah melanda kedua-duanya.

Tup-tup sudah mahu mendirikan rumah tangga.
Pada 26 September lalu, mereka selamat dinikahkan dengan sekali lafaz di pejabat Majlis Agama Islam Selangor (Jais), Shah Alam.

Pada majlis itu juga, Adam, 30, menyerahkan hantaran berupa sepersalinan barangan solat kepada isterinya itu.

Mereka dikatakan berkenalan pada Mac lalu, dan hanya berjumpa serta bertemu janji sebanyak dua kali sebelum Adam meluahkan hasratnya mahu memperisterikan Fiza atau nama sebenarnya Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim, 32.

Fiza sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Ahmad Farriq Zainul Abidin tetapi disahkan bercerai pada November 2010.
Hasil perkahwinan terdahulu, Fiza dikurniakan dua cahaya mata perempuan comel iaitu Ferra Aryana, 5, dan Feeya Adyrra, 4.

AERIL ZAFREL DAN WAWA ZAINAL

AERILWAWA


Perkahwinan pasangan Aeril Zafrel dan Wawa Zainal pastinya yang paling mencetuskan kontroversi pada tahun ini.
Pelbagai cerita kurang jelas akhirnya terjawab apabila pasangan ini tampil pada sidang media menjawab segala persoalan berhubung isu itu, baru-baru ini.
Kisah berhubung kontroversi mereka menjadi perbualan apabila akhbar sisipan mingguan Bipop berjaya membongkar perkahwinan Aeril dan Wawa menerusi penyiasatan penuh ala-ala Crime Scene Investigation (CSI).

Pada sidang media itu, mereka tampil memberikan kenyataan mengakui sudah bernikah sebanyak dua kali.
Pertama kali, mereka bernikah pada 25 Februari tahun lalu tanpa menghebohkannya kepada pihak media.
Kemudiannya, buat kali kedua, mereka bernikah semula pada 4 Februari tahun ini tanpa diketahui apa sebab musababnya.

Pada ketika itu mereka hanya bernikah tanpa sebarang dokumen dan hanya bernikah mengikut hukum syarak iaitu berwalikan bapa Wawa dan dinikahkan oleh seorang imam yang di datangkan khas dari Sabah.

“Ya, saya dan Wawa sudah bernikah. Kami bernikah di Taman Datuk Harun, Petaling Jaya. Jadi, status anak saya yang dihebohkan selama ini sudah terjawab,” katanya memetik laporan mStar Online.
Sementara itu, menerusi portal Ohbulan, Aeril menjelaskan, “Kami bernikah hanya untuk menghalalkan perhubungan dan pada masa itu Wawa meminta izin daripada saya untuk tidak mendedahkan perkara tersebut kepada pihak pengurusan”.

“Namun begitu, setelah Wawa memberitahu saya yang dia mengandung pada bulan Januari 2013, kami mengambil keputusan untuk bernikah lagi sekali dengan dia pada Februari 2013 di Masjid Datuk Harun dan pada waktu itu kami mengikut undang-undang negara. Kami juga mengikuti kursus kahwin dan daftarkan perkahwinan tersebut mengikut jalan yang betul. Kami nikah kali kedua sebab saya nak anak saya lahir nanti dia ber-bin kan dengan nama saya dan bukannya ber-bin kan Abdullah.

“Mungkin orang beranggapan kami terlanjur tapi dari sisi agama sebenarnya anak itu memang sah di sisi agama dan Allah,” ulasnya lagi.
Hasil perkahwinan itu, mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang diberi nama Ahmad Fakharuddin Attar yang telah dilahirkan pada 24 Ogos lalu.

Sebelum ini, Aeril bermati-matian menafikan dirinya berkahwin dengan Wawa dan kehilangan Wawa juga diragui oleh pihak syarikat pengurusannya, MIG yang ditunjanginya oleh Mejar David Teo.
Wawa dikatakan menghilangkan diri daripada dunia hiburan pada April lalu dan Aeril menyatakan ‘teman tapi mesranya’ itu sedang berubat penyakit misteri di kampung halaman aktres itu yang terletak di Lahad Datu, Sabah.

Mereka berdua dikatakan mula rapat selepas membintangi drama bersiri Klik dan sekali lagi digandingkan bersama menerusi filem 99 Kali Rindu terbitan MIG.
Nama anak mereka iaitu Ahmad Fakharuddin Attar juga tidak asing dalam diri Aeril apabila nama itu merupakan nama wataknya menerusi filem bergenre Islamik itu.

Sebelum ini, artis-artis di bawah syarikat pengurusan MIG dikatakan tidak boleh bercinta kerana terikat dengan kontrak serta syarat yang sudah termaktub dalam polisi syarikat tersebut.

Apa Salah Saya?? Kenapa Saya Perlu Keluar??

   Seorang lelaki cina telah mencabar kewibawaan seorang anggota polis trafik yang sedang menjalankan tugas. Polis trafik telah menyuruh pemuda cina itu untuk keluar bagi menjalankan pemeriksaan lanjut tetapi pemuda cina itu enggan keluar dengan alasan kuatir anggota polis itu menumbuk beliau.



    Kesalahan yg dilakukan oleh pemandu tsbt adalah sek.42(1) APJ 1987 Memandu melulu dan membahayakan pengguna jalan yg lain. Kes bole tangkap tanpa waran dan tidak boleh kompaun. Report polis perlu dibuat dan pemandu berkenaan bole ditahan dalam lokap. Sebab itu anggota berkenaan mengarahkannya ke balai polis untuk tindakan lanjut. Hanya untuk info agar tindakan polis berkenaan tidak disalahanggap. Patuhilah undang-undang untuk kebaikan bersama bukannya susahpun.

Saksikan video yang disediakan.....

Dengan Sekali Lafaz, Raja Azmi Sah Menjadi Isteri Kepada Eddie Ghazali

Nampaknya, setelah melalui pelbagai kontroversi Raja Azmi Raja Sulaiman selamat diijab kabul dengan pasangan, Mohd Eddie Ghazali dengan sekali lafaz di dalam gazebo indah di Laman Beringin, Istana Budaya tepat 9.18 malam tadi.



Pasangan ini sepakat mengikat tali pertunangan pada bulan Ramadhan yang lalu, 15 Julai 2013 setelah saling mengenali antara mereka awal tahun ini.

Ini merupakan perkahwinan kedua buat Raja Azmi mahupun suaminya itu.
Sebelum ini Raja Azmi pernah mendirikan rumahtangga bersama Jailani Sidek dan bercerai pada tahun 2011. Hasil perkahwinan tersebut mereka dianugerahkan 3 orang anak.

Pengantin perempuan mengenakan busana bewarna krim rekaan Variante. Manakala pakaian pengantin lelaki bewarna maroon dari Kose Serani.

Pasangan ini telah diijab kabulkan oleh Mejar Bersara, Hj Ismail Wan Ahmad dengan berwalikan abang sulung Raja Azmi, Raja Azman serta bersaksikan adik bongsunya, Raja Azizdin dan menantunya Mohammad Shadan Hashim.

Majlis ini dihadiri kira-kira 800 tetamu.

Terdahulu pihak pengantin lelaki telah membawa 1 dulang hantaran yang mengandungi sebuah Al-Quran, mas kahwin RM300 dan gelang tangan emas putih.
Berbalas dengan 3 dulang hantaran berupa manisan seperti coklat, cookies, dan jeli dari pihak pengantin perempuan. Tahniah buat pasangan pengantin baru ini semoga kekal selamanya. – ROTIKAYA

T-Shirt ‘Payudara’ Sharifah Sakinah Di Instagram



Sharifah Sakinah Tayang T-Shirt ‘Payudara’ Di Instagram - Tak sudah- sudah mengundang kontroversi berunsur lucah!!!

Tidak cukup dengan video kontroversi dari aplikasi keek, terbaru, pelakon itu mengeluarkan pula gambar sehelai baju T bergambarkan payudara wanita melalui akaun instagram miliknya.

Seharusnya, selaku seorang selebriti, Sharifah Sakinah tidak molek untuk menerbitkan sesuatu yang sensitif dan kontroversi seperti itu melalui sebarang akaun laman sosial.

Tindakan seperti ini secara langsung menunjukkan sikapnya yang kurang matang dengan adat ketimuran.

Wanita Ditolak Polis Hingga Tersembam Dan Berdarah

Rakaman video seorang wanita di Chicago yang ditolak seorang anggota polis sehingga mukanya tersembam pada konkrit di lokap nyata mengejutkan ramai pihak.

Wanita itu, Cassandra Feuerstein, 47, mengalami keretakan tulang di bahagian muka dan terpaksa menjalani pembedahan untuk memperbetulkan semula struktur tersebut.




Video tersebut dikeluarkan oleh peguam yang mewakili Feuerstein yang ingin mengambil tindakan undang-undang ke atas pegawai yang melakukan perbuatan itu terhadapnya.

Kejadian itu bermula apabila wanita itu ditahan pihak polis atas kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol.

Melalui rakaman itu, Feuerstein yang pada mulanya berada di dalam lokap itu dibawa keluar.

Bagaimanapun, pegawai tersebut dilihat menarik wanita itu masuk semula ke dalam lokap sebelum menolaknya kuat sehingga tersembam ke bangku konkrit itu.

Feuerstein dilihat terbaring dengan darah di atas lantai sebelum beberapa pihak polis memberi bantuan perubatan ke atasnya.

Menurut peguamnya, wanita itu mengaku bersalah atas kesalahan alkoholnya, namun kini menfailkan pula dakwaan ke atas pegawai yang mendatangkan kecederaan terhadapnya.
 
 

Sunday 13 October 2013

Wajah Datuk Siti Nurhaliza Waktu Muda

Mungkin ada semua tidak pernah melihat wajah sebenar Diva kesayangan kita Datuk Siti Nurhaliza masa muda dan kecil dahulukan.....

Inilah dia wajah-wajah sewaktu muda.....















Isu Pemain Dicuri Atau Melanggar Kontrak Semakin Menjadi-jadi


Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa yang melihat isu pemain dicuri atau melanggar kontrak semakin menjadi-jadi meskipun telah mempunyai perjanjian dengan pasukan lain.

" Pemain yang didapati melanggar kontrak perlu digantung sekurang-kurangnya tidak dibenarkan bermain untuk mana-mana pasukan dalam tempoh satu musim."

" Dulu Mat Yo sekarang pula Nazrin Nawi. Dia sudah tandatangani [MoU] dengan Kelantan, bila JDT bagi tawaran lebih, dia sertai JDT pula, jadi kalau gantung satu musim kepada Nazrin kerana tandatangani dua kontrak, orang lain tak akan berani buat. Bila ada hukuman sebegini pemain akan berhati-hati."

Difahamkan, Nazrin Nawi yang dikatakan sudah menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) dengan Kelantan namun terpaksa membatalkannya kerana mendapat tawaran JDT. Nazrin menerima RM7,000 sebulan ketika bersama Negeri Sembilan dan ditawarkan RM14,000 sebulan oleh Kelantan, manakala JDT menawarkan kira-kira RM40,000 sebulan bagi mendapatkan khidmatnya.

"Kewangan memang penting, bukan pemain sahaja malah semua menganggap duit penting. Dan sebab itu saya kata dalam hal ini kita tidak boleh salahkan pemain sebaliknya kena ada penguatkuasaan. Kita kena dikawal selia dan ia harus dibuat oleh badan induk. FAM perlu bertindak dan bukan hanya bercakap tanpa ada tindakan yang diambil." - TSAM

Dari kata-kata TSAM yang di petik dari Sinar Harian di atas, admin rasakan beliau sudah tahu akan puncanya perpindahan ini adalah kerana faktor kewangan dan gaji, dan jika kita sendiri di beri pilihan sudah tentulah kita memilih majikan yang sanggup membayar upah paling lumayan untuk kerja yg sama.

Tentang MOU [ MEMORANDUM OF UNDERSTANDING ], ianya adalah “Perjanjian Persefahaman" antara dua pihak yg bersetuju pada awalnya untuk melanjutkan perjanjian ini dalam bentuk kontrak rasmi, dalam erti kata lain, ini bukan perjanjian rasmi kerana MOU hanya berisikan perkara yang asas saja.
Dalam MOU juga tidak mewajibkan atau memaksa kedua pihak untuk meneruskan kesepakatan ini jika ianya tidak mendatangkan kebaikkan dalam sesuatu tempoh jangka masa.

Rasanya tiada isu pemain memilih haluan mereka walau MOU atau apa saja perjanjian tidak rasmi telah di tandatangani.

" IN FOOTBALL WE MAKE SILATURRAHIM "

Takut Sama Tuhan,Bukan Sama Saya

Kuala Lumpur: “Tidak perlu takut dengan saya, tapi takutlah dengan Tuhan. Perkahwinan perkara baik dan dituntut dalam agama, lebih-lebih lagi Islam. Jadi apabila perkara ini dirahsiakan, ia akan mengundang fitnah dan kontroversi.

“Saya tak pernah menghalang mana-mana artis di bawah naungan saya daripada berkahwin. Dalam hal ini, perkara baik tidak sepatutnya disembunyikan.

“Saya berkali-kali bertanya Wawa (Zainal) dan Aeril (Zafrel) mengenai perkara ini, tapi mereka menafikannya, sebaliknya hanya menjelaskan mereka hanya berkawan.







“Jika mereka mengaku bercinta dan mahu berkahwin, kami boleh atur dan menaja majlis mereka. Lagipun, ia sememangnya menjadi tradisi Metrowealth Pictures (MIG),” kata produser MIG David Teo

David mengulas pengakuan Wawa Zainal atau nama sebenarnya Nurhawa Zainal Abidin, 21, dan Suhairil Suhari atau lebih dikenali sebagai Aeril Zafrel, 25, kelmarin, bahawa mereka berkahwin pada 25 Februari 2012 dan dikurniakan cahaya mata lelaki pada 24 Ogos lalu.

Saturday 12 October 2013

Wawa Zainal Masih Tunangan Seorang Guru??

   Menurut laporan eksklusif dari BPop Berita Harian pada hari ini, Wawa didakwa berkahwin dengan Aeril tanpa memutuskan pertunangannya dengan seorang guru dari Lahad Datu, Sabah bernama Abdul Rashid.

Kami pun sebenarnya tak sangka episod pernikahan rahsia dan melahirkan anak yang menghimpit Wawa Zainal dan Aeril Zafrel belum habis setakat itu. Nampaknya, banyak lagi isu lain yang timbul. Sangat efisien kerja-kerja kewartawanan dari Team Berita Harian. Syabas diucapkan.



Menurut BPop, Wawa Zainal sebenarnya sudah bertunang sebelum bergelar pelakon popular. Wawa didakwa bertunang dengan jejaka yang berasal dari Lahad Datu, Sabah iaitu Abdul Rashid @ Johari Hambali pada Jun, 2010 selepas beberapa bulan menandatangani kontrak sebagai artis MIG Talents. Ketika itu, Wawa Zainal belum terbabit dengan mana-mana projek filem.
Menurut bekas tunang Wawa, dia bertunang dengan Wawa atas desakan keluarga Wawa. Majlis tunang Wawa dan Rashid berlangsung di Lahad Datu yang dibuat antara keluarga sahaja. Sementara mereka berdua berada di KL pada masa itu. Pertunangan mereka hanya diketahui ahli keluarga Wawa dan Abdul Rashid saja. Orang luar tak tahu pasal perkara ini.
Dikatakan kisah pertunangan Wawa dan Abdul Rashid mula tersebar di internet dipercayai disebarkan anggota keluarga mereka apabila cerita Wawa dan Aeril bernikah dan mempunyai anak yang didedahkan di akhbar minggu lalu.

Tunang Wawa Zainal Buka Mulut

Menurut BPop, bekas tunang Wawa Zainal yang kini bergelar guru di sebuah sekolah rendah di Tawau, Sabah itu enggan membuka rahsia peribadinya bersama Wawa.
Beliau tahu berita Wawa dan Aeril berkahwin pada Selasa lalu selepas mendapat tahu tapi beliau tak pedulikan pasal berita itu sehinggalah Wawa Zainal sendiri yang menghubungi Wawa pada pagi Rabu lalu. Ternyata, bekas tunang Wawa sangat terkejut.
“Sebenarnya, tujuan Wawa menghubungi saya kerana mahu meminta saya memberitahu adik perempuan saya supaya berhenti menyebarkan cerita yang pernah berlaku antara kami di internet. Wawa menangis ketika itu. Wawa pernah menumpang di rumah adik saya di Cheras ketika mula menjejak kaki di Kuala Lumpur.”
Pengakuan Wawa, Berkahwin Dengan Aeril Tak Pulang Cincin Tunang
“Saya tanya dia, adakah betul dia dah kahwin dengan Aeril Zafrel dan mempunyai anak? Dia cakap, ya betul. Jadi betullah cerita yang terbongkar itu. Dia cakap mahu saman beberapa pihak yang mendedahkan cerita peribadinya itu. Saya cakap kenapa nak saman jika cerita pernikahan dan mempunyai anak itu adalah perkara betul. Bukan kenyataan fitnah!”
“Jujurnya, saya tersentak dan sebak sebenarnya apabila Wawa mengakui dirinya sudah berkahwin dan mempunyai anak, sedangkan pertunangan kami belum diputuskan. Saya tanya kenapa tidak berterus terang mahu berkahwin, saya tak kisah untuk melepaskannya. Saya sudah agak dari awal lagi, inilah risiko bertunang dengan seorang artis.”
“Tapi Wawa ketika itu terus menangis. Dia tidak mahu saya membocorkan cerita pertunangan kami. Saya tahu Wawa cukup sengsara dengan apa yang dihadapinya. Saya sebolehnya tidak mahu Wawa terseksa, apatah lagi dalam keadaan sekarang. Bagaimanapun, saya tidak mempu menutup mulut orang terutama di kalangan keluarga yang mengetahui kami masih ada ikatan pertunangan. ”
“Saya terkejut bagaimana wartawan boleh menghidu cerita kami, malah boleh menghubungi saya. Soalnya, saya pula terpaksa bersoal jawab dengan wartawan.”
Pernah Tak Suka Aeril
“Saya sebenarnya tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan. Saya sempat bertanya pada Wawa, siapakah lelaki yang dinikahi. Dia beritahu suaminya adalah lelaki yang tidak disukai dulu. Dia adalah pelakon yang berlakon dalam drama Klik bersama saya dulu. Jadi, saya tahulah lelaki yang dimaksudkan adalah Aeril Zafrel.”
“Saya tanya lagi kenapa berkahwin dengan lelaku yang dibenci, dia hanya menangis saja. Bapa Wawa ada menghubungi saya pada Rabu lalu. Dia mohon maaf pada saya. Saya tanya, kenapa tak bagi tau pasal Wawa dah kahwin? Dia sebaliknya mempertikaikan kenapa tidak diberi nafkah bulanan. Menjadi budaya orang di Lahad Datu, lelaki kena memberi nafkah kepada tunangannya setiap bulan.”
Pertunangan Diatur Keluarga

Majlis pertunangan Wawa Zainal & Rashid diatur oleh keluarga, selepas bapa Wawa Zainal mendesak Rashid supaya bertunang dengan Wawa.
“Wawa pula tentunya bimbang apabila Wawa bersama saya di Kuala Lumpur. Sekurang-kurangnya kami ada ikatan pertunangan. Keluarga saya menghantar cincin dan wang hantaran. Tidak perlulah saya beritahu jumlah diberikan. Jadi, pada ketika itu, kami sudah rasmi sebagai tunangan. Bagaimanapun, selepas gambar saya dan Wawa tersiar dalam blog hiburan, kami mula takut.”
“MIG tak membenarkan mana-mana artisnya bercinta dan berumahtangga. Saya ambil keputusan melepaskan Wawa selepas MIG menyediakan rumah untuknya sebagai tempat berteduh. Saya lihat Wawa ketika itu solat lima waktu tak pernah tinggal. Saya tak mahu kehadiran saya sebagai tunangan Wawa diketahui orang sebab saya fikir Wawa baru saja nak menapak sebagai pelakon.”
“Sebelum ini, jika orang bertanya kepada saya, Wawa akan mengatakan kami ada tali persaudaraan. Malah, berita kami bersaudara pernah disiarkan dalam beberapa blog hiburan bersama gambar kami. Tapi, hakikat yang sebenarnya, Wawa adalah tuanng saya.”
“Saya pulang ke Lahad Datu pada pertengahan 2012, sebelum mendapat kerja mengajar di sebuah sekolah rendah di Tawau sehingga hari ini.”
Rashid juga mengakui dia sekarang masih bujang sehingga sekarang.
Kami rasalah kan, berita Wawa Zainal berkahwin dengan Aeril Zafrel ketika bergelar tunangan orang ni akan menjadi topik hangat di pagi Ahad ini.
Maka benarlah gossip yang mengatakan Wawa Zainal dah bertunang yang disiarkan pada beberapa tahun lepas? Tapi Wawa tak nak mengaku dan kata, lelaki tu adalah saudaranya. Apa komen anda tentang perkara ini?

Junior Eldstal Tidak Pernah Diintai Oleh JDT

   Laporan sebuah portal laman bolasepak, www.goal.com yang menyatakan bahawa pasukan Johor Darul Takzim berminat dan telah membuat tawaran kepada Junior Eldstal atau juga dikenali sebagai Putera Nadher untuk menyarung jersi merah biru Johor Darul Takzim musim depan tidak benar sama sekali.
 
    Junior, pemain tengah pertahanan untuk pasukan Sarawak dan kini dalam perancangan pasukan Harimau Malaya juga, tidak pernah diintai pengurusan pasukan Johor Darul Takzim dan melalui sumber pasukan, pemain tersebut tidak pernah diberi tawaran untuk bermain untuk musim depan.

    Spekulasi di akhbar dan juga laman social berita tempatan yang mengaitkan minat Johor Darul Takzim terhadap pemain tersebut dan juga beberapa pemain dari pasukan lain dilihat sebagai umpan pemain untuk mereka mendapatkan tawaran yang lebih lumayan dari pasukan mereka sendiri atau pasukan lain yang berminat untuk mendapatkan khidmat mereka. Sumber pasukan menambah bahawa hampir kesemua pemain yang telah disenaraikan dan ditawarkan kontrak telah pun bersetuju untuk bermain pada musim depan.

     Pasukan Johor Darul Takzim sudah 99% melengkapkan barisan pemain untuk musim depan dan pengumuman akan dibuat sebaik sahaja pertandingan Piala Malaysia selesai nanti untuk menghormati pemain dan pasukan yang masih terlibat dalam pertandingan itu.

Sumber: JOHOR Southern Tigers

Tanda-Tanda Lelaki Itu Curang Dan Ada Skandal

 
 
 
1. Perubahan tingkah laku/ minat
Si dia sudah tidak selalu mesra dan manja dengan anda seperti dahulu.  Bualan di telefon juga dia lebih banyak berdiam diri. Semasa keluar berdua , si dia kurang peka dengan apa yang anda bualkan dan selalu dengan memeriksa telefon bimbitnya. Atau si dia menunjukkan minat kepada sesuatu benda yang tidak padan dengan hobi beliau atau pun anda sendiri misalnya tiba-tiba si dia suka menonton bola, atau minat muzik rock metal. Boleh jadi ada insan lain yang mempengaruhi dia.
 
 2. Memberi alasan
Semasa anda menelefonnya, si dia cuba menyingkatkan perbualan sependek mungkin; ibu memanggil di dapur atau ayah suruh tolong cuci kereta katanya. Jika diajak keluar pula, asyik berdalih dengan alasan sibuk atau banyak assignment untuk dibereskan. 


3. Mengelak pandangan mata
Apabila bersama anda, si dia lebih suka menundukkan wajah daripada melihat ke mata anda. Ini kerana mahu mengelak dari tembelangnya pecah kerana kata orang ‘Dari Mata Turun Ke Hati” so kalau dh sampai ke hati,kantoi la nanti...


 4. Selalu dengan telefon bimbitnya
Jika bersama anda sekalipun si dia masih ber-SMS tidak henti. Apabila anda mahu memeriksa telefon-nya, si dia tidak izinkan. Privacy katanya. Hah, pasti ada udang yang disembunyi sebalik batu!
5. Gelisah tidak tentu pasal
Si dia asyik memandang jam tangan seolah-olah ada perkara yang lebih penting. Terlalu kerap sehingga anda terganggu dengan gelagatnya yang tak ubah seperti cacing kepanasan. Ataupun apabila handphone-nya berdering, segera dia berlari anak ke tandas untuk menjawabnya. Agak jelas bukan?

6. Menolak
Anda mengajaknya keluar pada hujung minggu tetapi si dia tak mahu. Ajak tonton wayang alasannya filem tak best. Jika mahu belanja makan sekalipun, si dia tetap menolak. Ini kerana si dia tidak ingin lagi terhutang budi kepada anda – yang bakal ditinggalkan tidak lama lagi.



7. Membesarkan masalah kecil 
Si dia sering merungut akan masalah yang remeh-temeh seperti memakai baju yang bukan warna kegemarannya atau lain-lain perkara biasa yang kadangkala sampai tidak masuk akal.

8. Kurang melafazkan kata-kata cinta
Jika dahulu, setiap mesej anda diselitkan dengan kata-kata cinta dan puisi rindu, kini tidak lagi. Kata ucapan dan pertanyaan daripada anda juga disambut acuh tak acuh

9. Tersasul menyebut nama panggilan lain
Selama ini, anda dan sang kekasih membahasakan diri ‘papa-mama’. Tapi kali ini si dia kerap kali tersasul memanggil anda dengan panggilan ‘baby‘ atau ‘sayang’. Mungkin si dia telah terbiasa memanggil seseorang dengan nama itu hingga nama panggilan istimewa anda pun boleh tertukar.



10. Tidak menghargai pemberian anda
Hadiah anda ketika hangat bercinta yang dahulu menjadi harta paling berharga kini hanya disedekahkan saja kepada adik dan kawan si dia ataupun dibuang. Anda juga perasan yang couple ring pun sudah jarang tersemat di jari manisnya.

11. Membalas panggilan/ SMS acuh tak acuh
Perbualan telefon anda dengan si dia menjadi satu komunikasi yang menjemukan kerana si dia lebih suka berdiam diri dan jarang mengisuka. Mesej pesanan ringkas anda pula hanya dibalas sepatah perkataan ataupun sekadar ‘K’ sahaja.

12. Menjawab panggilan secara berbisik
Entah kali ke berapa anda menelefonnya tapi hanya kali ini si dia menjawab panggilan. Malangnya suara si dia sedikit cemas dan berbisik lalu memutuskan panggilan secepat mungkin. Ada hal mustahak lain katanya.



13. Mencari kesalahan anda
Kerana ingin berpisah dengan anda, si dia berusaha untuk mencari silap anda untuk dijadikan alasan untuk clash. Hinggakan perbuatan anda dahulu yang disenanginya kini menjadi satu kesalahan.

14. Tidak mesra semasa bertemu
Walaupun anda berada di depan matanya ketika makan bersama di restoran, si dia tidak fokus dan matanya melilau ke arah lelaki/ perempuan lain yang berada di sekeliling.

15. Cepat marah
Apabila ditanya mengenai aktiviti yang dilakukannya seharian, si dia tiba-tiba naik angin dan menuduh anda mahu mengongkong kehidupannya.

16. Tidak mengendahkan rajuk anda
Perkara biasa dalam bercinta, ada perselisihan dan rajuk. Tapi akhir-akhir ini anda dibiarkan makan hati sendirian dan tiada lagi pujuk rayu sebagai pengubat lara.



17. Tidak menghubungi anda
Waktu hangat bercinta dahulu, si dialah yang sering menelefon anda. Resah dan tak senang duduk katanya jika seharian tidak mendengar suara anda. Tapi kini, nak mendapat SMS darinya pun susah, apatah lagi menelefon. Malahan anda pula yang terpaksa menelefonnya dahulu, itupun nasib baik jika si dia sudi menjawab panggilan tersebut.

18. Berahsia / Menipu
Jika ditanya tentang dengan siapa dan ke mana dia pergi, si dia akan sedaya upaya mengelak daripada memberi jawaban atau lebih teruk lagi – berbohong.

19. Hadiah secara tiba-tiba
Bukan hari kekasih, bukan hari lahir anda, dan bukan juga hari anniversary anda berpacaran, si dia meberi hadiah mengejut. Biasa dipanggil guilt gift. Dek kerana berasa bersalah atas kecurangannya, si dia cuba ‘menyuap’ anda dengan hadiah agar anda tidak berasa syak.

20. Menghilangkan diri
Ada suatu ketika anda lost contact dengannya. SMS tiada jawapan dan panggilan hanya operator yang menjawab. Apabila ditanya keesokan hari, alasan si dia Celcom buat hal.



21. Kawan baik anda menunjukkan hint
Anda dan kekasih anda mempunyai seorang mutual friend yang rapat dan tahu kisah cinta anda. Tiba-tiba kawan anda itu berkelakuan aneh dan kurang memberi sokongan kepada perhubungan anda. Anda perlu lebih peka dengan isyarat ini kerana sebagai kawan baik, tak mungkin dia sanggup bercerita buruk tentang kekasih anda secara berdepan. Sahlah kawan anda mengetahui sesuatu tentang kekasih anda yang anda tidak tahu.

22. Naluri anda
Percayalah pada naluri anda. Hati sendiri akan mengiyakan sekiranya kekasih anda itu selingkuh walaupun logik akal anda cuba menafikannya. Bukankah perasaan cinta itu sendiri datangnya dari hati?

Tahukah Anda Tanda-Tanda Wanita Itu Teransang??

Tahukah kita apakah tanda-tanda yang muncul ketika tubuh perempuan sedang terangsang?

Beberapa perempuan kadang memiliki titik rangsangan yang berbeza-beza, namun sebahagian besar perempuan mudah teransang ketika diberikan rangsangan seksual dan hanya sedikit orang yang sulit terangsang.





Dr Andri Wanananda, MS dalam tulisannya menuturkan ada 2 perubahan yang terjadi pada perempuan ketika sedang terangsang, iaitu perubahan di organ genital serta di tubuhnya.



Perubahan yang terjadi pada organ genital:

 
1. Sekitar dua pertiga bahagian dalam vagina memanjang dan merekah
2. Lubrikasi dari vagina secara automatik meningkat
3. Warna vagina boleh berubah menjadi agak gelap seperti ungu
4. Serviks dan tubuh rahim (uterus) akan tertarik ke belakang dan terdorong ke atas hingga ke dalam rongga panggul (pelvis)
5. Bibir vagina dalam (labia minora) dan bibir vagina luar (labia majora) akan meningkat ke atas dan terbuka
6. Klitoris akan membesar dan menegang

 

Perubahan yang terjadi pada tubuh:


1 . Pupil mata akan melebar
2. Keringat yang keluar akan meningkat
3. Puting susu mengalami ereksi atau tegang
4. Frekuensi nafas meningkat
5. Denyut jantung menjadi lebih cepat
6. Payudara akan membesar



Umumnya respons pertama yang muncul ketika perempuan menerima rangsangan seksual adalah adanya perasangan hangat yang menjalar di seluruh tubuh, yang nantinya diikuti oleh perubahan tubuh lainnya.

 

Jika rangsangan ini terus berlanjut, maka akan lebih mudah bagi perempuan untuk mencapai orgasme saat berhubungan seksual. Ketika seseorang mencapai orgasme maka beberapa hormon di tubuh akan turut aktif seperti prolaktin, serotonin, oksitosin, endorfin, adrenalin dan phenylethylamine. Namun hal itu belumlah berakhir, sebagian besar perempuan akan mendapatkan manfaat lain berupa perasaan lebih bahagia dan juga santai serta lebih mudah menerima rangsangan...

Potong Kemaluan Sendiri

AMARAN!!

Hanya orang kuat semangat sahaja yang boleh tengok video ni...!!!



Agak terperanjak bila terdapat satu video yang agak mengerikan dimuat turun di laman sosial baru-baru ini...Seorang pemuda telah memotong kemaluan dia sendiri....Betul atau tidak, tak tahu la kesahihannya...Anda sendiri lihat dan buat la andaian anda sendiri.....


Kesan Bisa Ular Kepada Manusia

Adakah anda terfikir,bagaimana tindak balas bisa patukkan ular kepada tubuh badan manusia...



Ramai tidak tahu bahaya bisa ular terutamanya ular senduk dapat meragut nyawa manusia dengan hanya beberapa saat sahaja...

Saksikan Video ini dimana anda akan mengetahuinya sendiri....


Friday 11 October 2013

Adik Angkat Ajak Isteri Orang Tidur Sekali

JOHOR BAHRU – Seorang pembantu pentadbiran dan jualan dari Taman Seri Orkid, di sini tidak menyangka hubungan atas kakak dan adik angkat bertukar menjadi siri gangguan seksual dan ugutan dari bekas rakan sekolej.





Mangsa, Chan Yee Fong, 28, berkata, dia dan rakannya yang dikenali sebagai Jameson, 27, terputus hubungan sejak berkahwin pada 2007 namun tiba-tiba diganggu oleh rakannya itu sejak 24 September lalu.

“Saya kenali Jameson pada 2006 ketika kami sama-sama belajar di kolej dan hubungan kami ibarat adik-beradik malah dia turut memanggil saya sebagai kakak.

“Namun selepas berkahwin saya mula menjauhkan diri kerana ingin menumpukan perhatian terhadap keluarga selain kurang senang dengan sikap dia yang ketagihan dadah,” katanya dalam sidang media di sini, semalam.

Ibu kepada tiga anak itu mendakwa menerima beberapa khidmat pesanan ringkas (SMS) dari nombor tidak dikenali yang mengajaknya untuk mengadakan hubungan intim sebaik sahaja Jameson mula menghubunginya.

“Penghantar sms itu menggesa saya untuk tidur dengannya di sebuah hotel dan akan memberikan wang RM500. Jika permintaan itu tak dipenuhi keluarga saya akan diancam.

“Saya mengesyaki Jameson mempunyai kaitan dalam perkara ini kerana mula menerima SMS gangguan sebaik sahaja dihubungi Jameson dan dia juga seolah-olah mengelak apabila saya menghubunginya,” katanya.

Yee Fong berkata, dia sekali lagi dihubungi oleh Jameson pada 25 September dan memberitahu bahawa telefon bimbitnya telah hilang dan mendakwa nombor telefonnya digodam pihak tidak bertanggungjawab.

“Ketika saya dan suami bertemu Jameson, dia memberitahu tidak mempunyai kaitan dengan gangguan seksual berkenaan kerana telefon bimbitnya hilang dan mungkin disalah guna individu lain.

“Jadi saya nasihatkan dia agar buat laporan polis namun Jameson enggan sebaliknya mengugut akan diancam oleh rakan-rakannya jika saya membuat laporan polis,” katanya.

Katanya, dia yang bimbang dengan situasi itu segera membuat laporan polis demi keselamatan keluarganya dan berharap gangguan berkenaan tidak berterusan.

Sementara itu, Timbalan Ketua Bahagian MCA Gelang Patah, Tan Ba Ba berkata, pihaknya akan mengikuti perkembangan kes berkenaan dan menggesa individu terbabit agar menghentikan gangguan.

“Kita akan mengambil tindakan lebih tegas sekiranya individu itu masih mengganggu mangsa,” katanya.


Ramli Sarip, Rosyam Nor dan Ong Kim Swee Bakal Bergelar "DATUK"??

Papa Rock Negara, Ramli Sarip dikhabarkan bakal bertukar status dengan gelaran Datuk mulai pertengahan Oktober ini bersama-sama pelakon Malaya, Rosyam Nor dan juga jurulatih Harimau Muda, Ong Kim Swee.



Difahamkan, gelaran tersebut diperoleh sebaik saja mereka berdua bakal menerima darjah kebesaran negeri Melaka sempena hari jadi ke-71 Yang DipertuaNegeri Melaka, Tun Mohd KhalilYaakob pada 24 Oktober ini.

Untuk Ramli Sarip pula,anugerah yang diterima adalah DMSM Kehormat.

Menurut maklumat, ketiga-tiga individu ini merupakan antara 901 penerima darjah, bintang dan pingat kebesaran negeri Melaka yang akan berlangsung di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh Ahad .
Tahniah buat ketiga-tiga nama yang telah banyak mengharumkan nama negara ini.

Aeril Kesal Anaknya "DIGELAR" Anak Haram

SHAH ALAM - Pelakon filem, Aeril Zafril dan Wawa Zainal mengesahkan bahawa mereka sudah bernikah sejak setahun lalu.

Pasangan selebriti ini juga sudah mempunyai seorang cahaya mata.

Akui bercinta sejak 2011, Aeril memberitahu kisah cinta mereka dihalang oleh pihak pengurusan sehingga terpaksa menyembunyikannya dari pengetahuan umum.




"Kami memang bercinta sejak itu tetapi dimarahi pihak pengurusan.

"Kami terpaksa memberitahu bahawa kami tidak bercinta," katanya pada sidang media khas yang turut dihadiri Wawa, hari ini.

Ekoran dihalang, pasangan ini membuat keputusan untuk bernikah, awal tahun lalu.

"Kerana itu saya mengambil langkah, demi Allah, pada 25 Februari 2012, saya, Aeril Zafril dan Wawa Zainal telah bernikah.

"Bukan seperti yg kamu ketahui 4 Februari sebelum ini," kata Aeril.

Agak terkilan apabila cahaya mata mereka dilabel anak luar nikah, Aeril menitiskan air mata.

"Orang kata anak saya anak haram. Perasaan seorang bapa...tapi saya tidak kisah jika saya yang dihina.

"Tetapi...apabila orang mendedahkan identiti anak saya tanpa kebenaran saya...itu hak peribadi.

"Tak kan apabila dah jadi selebriti, kita kena kongsi semua rahsia peribadi," kata Aeril sedikit emosi.

Pengakuan tersebut menutup spekulasi yang timbul kebelakangan ini.

Hasrat 2 Sahabat Pulang Raya Tidak Kesampaian

PAKA - Hasrat dua sahabat yang juga rakan sekolej menghabiskan masa cuti sempena sambutan Aidiladha di kampung halaman tidak kesampaian apabila keduanya maut dalam kemalangan, dekat sini, petang kelmarin.



Kemalangan kira-kira jam 5.30 petang di Kilometer 25 Jalan Paka-Al Mukhtafi Billah Shah itu dipercayai berlaku apabila kereta Proton Wira dinaiki Hasmadi Zainordin, 30, dan rakannya Mohd Rizairie Mohd Rizan, 23, terbabas sebelum bertembung dengan sebuah kereta lain dari arah bertentangan.

Ketika kejadian, dua sahabat itu yang merupakan penuntut jurusan keselamatan di Institut Marin dan Latihan Ronaco Kemaman dalam perjalanan pulang ke Kelantan.

Hasmadi yang tersepit di tempat duduk pemandu dilaporkan cedera parah dan maut di tempat kejadian, manakala Rizairie meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Dungun.

Rakan mangsa, Maisurah Nor, 19, berkata, sebelum kejadian, dua rakan kolejnya itu sempat menikmati sarapan pagi di sebuah warung makan berdekatan kolej mereka.

Katanya, Allahyarham ketika itu banyak berdiam diri dan hanya melemparkan senyuman ketika rakan-rakan lain sedang asyik berbual.

''Tak sangka kedua-dua mereka akan menemui ajal, baru pagi tadi (kelmarin) kami bersama," katanya.

Ketua Polis Daerah, Pemangku Superintendan Ahmad Zailani Yaacub ketika mengesahkan kejadian berkata, mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk pemeriksaan lanjut.

Jenazah Hasmadi kemudian dibawa pulang ke kampungnya di Jelawat, Bachok, Kelantan, manakala jenazah Ruzairie dibawa pulang ke Machang, Kelantan.

Pemandu Perodua Viva yang terlibat dalam kemalangan itu, Mohd Khairul Anuar Alias, 19, hanya cedera ringan dan menerima rawatan pesakit luar di Hospital Dungun.

Sumber : Sinar Harian

Aidil Zafuan Sudah Ada Pengganti???

6 Oktober lalu, di KLIA, seorang peminat telah melihat seorang wanita sedang memperbetulkan tali leher milik Aidil Zafuan dan mereka dilihat sangat mesra seolah-olah seperti pasangan ‘kekasih’. Terus timbul persoalan sama ada Aidil sudah pun menemui pengganti bekas isterinya, Rita Rudaini.



Biasalah pemain bola sehebat dan sekacak Aidil pastinya di perhatikan. Lagipun Aidil sekarang sudah single. Bolehlah nak berkawan dengan sesiapa pun. Kalau dah jumpa pengganti pun apa salahnya.

Walaupun menafikan wanita tersebut adalah kekasihnya, Aidil Zafuan membuat pengakuan kepada Utusan Malaysia bahawa dia sudah lama berkawan dengan wanita itu. Kata Aidil:-

“Saya memang kenal wanita itu! Pada masa itu, saya baru sahaja tiba dari Kota Bahru dan terpaksa berlepas ke China untuk perlawanan menentang Emiriyah Arab Bersatu (UAE). Lagipun, semasa menunggu penerbangan seterusnya, saya bersama skuad kebangsaan yang lain.”

“Tambahan, saya tidak akan keluar dengan wanita yang tidak dikenali. Saya tidak mempunyai orang terdekat. Jadi, saya meminta pertolongan wanita berkenaan untuk menghantarnya (barang tertinggal) memandangkan dia adalah kawan kepada tunang salah seorang pemain kebangsaan.”
Tidak mengapa, Aidil. Jika jodoh anda sudah sampai, apa salahnya. Admin pasti ramai peminat doakan untuk Aidil ketemu jodoh baru cepat-cepat.

Jaringan Terbaik Piala Malaysia 2013

Jaringan Terbaik Piala Malaysia 2013

Berikut adalah video jarangan yang terbaik dalam saringan untuk merebut gelaran Juara Piala Malaysia 2013....

Tidak dinafikan Malaysia juga mempunyai pemain bola yang hebat setaraf dengan pemainan luar negara. Jaringan-jaringan yang menarik dan cantik dapat disaksikan dalam video ini.....


Pengakuan Aeril & Wawa tentang Isu Perkahwinan Mereke



PETALING JAYA: Pelakon Aeril Zafrel akhirnya mengaku hubungannya dengan aktres Wawa Zainal selama ini bukanlah teman biasa tetapi mereka sebenarnya adalah suami-isteri.
Aeril atau nama sebenarnya Suhairil Suhari, 25, berkata, dia dan Wawa, 22, telah bernikah pada 25 Februari 2012 secara rahsia tanpa dihebohkan kepada pihak media.
“Ya, saya dan Wawa sudah bernikah. Kami bernikah di Taman Datuk Harun, Petaling Jaya. Jadi, status anak saya yang dihebohkan selama ini sudah terjawab,” katanya kepada pemberita dalam satu majlis yang diadakan di sebuah restoran di Neo Damansara, di sini petang Jumaat.




Tambah Aeril, mereka bernikah sebanyak dua kali iaitu pada kali kedua , 4 Februari lalu, hampir setahun selepas pernikahan pertama.
Katanya, pernikahan kali pertama dibuat tanpa didaftarkan dengan pejabat agama tetapi terpaksa melangsungkan akad nikah kali kedua sebagai menghormati permintaan keluarga perempuan sebelum ia didaftarkan secara rasmi.
Terdahulu, akhbar pada Ahad lalu melaporkan Aeril sudah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Wawa Zainal atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin, secara senyap.
Hasil perkahwinan itu mereka dikatakan telah mendapat anak yang lahir pada 24 Ogos lalu dan diberi nama Ahmad Fakharuddin Attar.
Terdahulu, desas-desus tentang hubungan rapat mereka telah terdengar namun dinafikan Aeril dengan memberitahu hubungan baik tersebut hanya sebagai rakan artis semata-mata manakala Wawa dikatakan pulang ke kampung halamannya di Sabah akibat sakit misteri.
Berita penuh akan dilaporkan kemudian.